Thursday, February 2, 2017

TIPS TEMUDUGA SPP PEGAWAI PENDIDIKAN DG41 LEPASAN IPG

Tips Temuduga SPP Pegawai Pendidikan DG41 lepasan IPG

Entry pada kali ini akan membincangkan tentang "Tips Temuduga SPP Bagi Jawatan Pegawai Pendidikan DG41". Sebenarnya takdalah tips mana pun, sebab even dah lepas interview tapi still tak tahu aku ni lulus ke tidak interview tu haha. Lebih kepada perkongsian pengalaman la senang cerita kan. Untuk pengetahuan semua, aku merupakan salah seorang bekas pelajar di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa yang mengambil jurusan Bahasa Inggeris. Tarikh interview pada 23 Januari 2017 bertempat di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Boleh rujuk gambar di bawah,

Semakan Panggilan Temuduga SPP Pegawai Pendidikan DG41
Slip panggilan temu duga ni jangan lupa print untuk masuk dalam folder 
Okay, cerita dia time dapat tahu tarikh interview tu dah cuak habis and pagi nak interview tu lagi lah cuak tak reti nak cakap macam mana dia punya level cuak tu. Malam tu aku tak boleh tidur kot asyik terbayang-bayang soalan apa dia nak bagi kat aku esok. Bangun pagi tu habis mata merah and sakit. So, kalau korang nak interview jangan berfikir banyak sangat sampai tak boleh tidur. Takda apa yang menyeramkan sangat pun actually. Perasaan dia bila kau bangun pagi dengan rasa lesu and sakit mata terus rasa demotivated nak interview haih.

Aku tak tahu nak mula cerita dari mana ni. Nak buat subheadings karang nampak macam assignment, tapi kalau tulis macam biasa karang dia jadi wordy lepastu aku pun rasa stress nak baca haha. Ok, better kalau buat subheadings lah kot.

PAKAIAN
Aku mula dengan pakaian. Sebagai seorang guru, kita mesti berpakaian kemas kan. Nak pergi interview pun sama. Tunjukkan penampilan yang baik. Kalau yang laki tu baju kemeja disarankan pakai yang plain warna putih and blazer jangan lupa. Seluar tu jangan pakai yang sendat-sendat and ketat hahaha. Aku haritu time masuk bilik temu duga dah kena tanya kenapa seluar aku agak fit. Aku pun dengan confidentnya jawab "because it makes me feel confident". Aku macam tak terfikir pun pasal seluar aku and suddenly penemuduga tu tanya macamtu. Redhalah kejap perasaan dia.

Haritu aku pergi Brands Outlet nak beli seluar kat NU Sentral. Aku cari seluar yang "Slim Fit" (slim fit dia punya cutting bawah tu boleh terima lagi kot) tapi yang tinggal ada "Skinny" punya cutting je. Dah lah parking dekat NU Sentral tu 2 jam dah RM10. Takkan aku nak cari dekat Mall lain kan? Habis lah duit aku dah la aku tak kerja duk petik buah anggur je kat rumah ni. Sebab aku stress, aku pun tak tahu mana pergi common sense aku time tu, dengan selamba aku beli and bawa pakai pergi interview. Sumpah tak bersalah weh aku (tolong jangan contohi). Tapi aku tak bersalah dalam hal ni.

Bagi yang perempuan, yes sepatutnya kalau pakai baju kurung memang tak perlu pakai blazer. Tak payah duk kalut kalut sangat risau pasal blazer. If you guys ada, pakai sahaja. Kalau takda dan nak juga pakai blazer, pinjam dengan orang. Kalau ada penemuduga tanya kenapa tak pakai blazer? maybe you can explain that. Tapi kalau taknak banyak soal just pakai sahaja blazer tu tak rugi apa pun. Most importantly pakaian kita mengikut garis panduan yang ditetapkan untuk penjawat awam.

SEMASA INTERVIEW
Okay aku skip semua procedure sebelum nak temuduga ya? sebab nak tunjuk dokumen semua tu just follow the flow sahaja. Dah sampai sana nanti pandai-pandai bertanya dan cari kawan. yang penting ada dekat bilik menunggu tu pada waktu yang ditetapkan (walaupun kau sempat beranak bercucu cicit bagai sementara nak tunggu nama kau dipanggil untuk interview haha)

SOALAN-SOALAN YANG DISOAL

1) what is a great teacher?
2) what is your suggestion for the government to improve the National Philosophy of Education
3) if you're posted to the rural area, what/how would you contribute to the school
(sebab time soalan kedua tu ada calon yang jawab merapatkan jurang antara sekolah bandar dan juga sekolah luar bandar)4) what would you do if the assembly takes longer time than usual and affects your lesson. how would you teach?
5) how to make sure everyone is participating in the group work activities? what did you do?
6) what is the activity that you can conduct outside classroom?
Alhamdulillah, bagi aku, soalan yang penemuduga ni tanya takdalah susah mana and masih boleh dijawab. Aku suka soalan yang berbentuk macamni, sebab dia more to application dan kita pun dah lalui semua tu so tak jadi masalah kot nak jawab. Aku bersyukur tak kena jawab soalan isu-isu semasa. takda satu pun soalan isu semasa yang ditanya. Aku ada juga baca banyak isu-isu semasa tapi sebab isu semasa kan banyak gila, takut juga dia tanya kita yang kita tak boleh nak explain. Ha kalau macamtu ternganga lah kat situ. 

Penemuduga tu akan suruh sesiapa yang nak start dulu untuk jawab soalan yg diberikan. Dalam bilik yang ada 6 orang tu, korang kena take turn untuk jawab soalan-soalan yang diajukan. Unless kalau penemuduga tu sebut nama kau, that means kau la yang kena start dulu. Bila kawan-kawan kau tengah jawab soalan, do listen to them. Buatlah angguk-angguk ke untuk menunjukkan yang kita faham dengan apa yang dia cakap. 

Lagi satu, pentingnya dengar jawapan kawan-kawan kau time diorang jawab soalan tu adalah kerana, soalan seterusnya berkemungkinan berkait dengan jawapan yang kawan kau bagi tadi. At least kau boleh predict la soalan yg mungkin dia akan tanya and kau boleh fikir siap-siap jawapan apa nak bagi. Tapi kadang-kadang dia unexpected juga, ada juga lah soalan yang dia tanya dekat aku sorang sahaja. Tak adil betul aku sorang ja kena jawab soalan macamtu! haha
Contoh Soalan 
                                What is your second option of career other than teaching

Aku betul-betul tersentak sekejap bila penemuduga tanya aku soalan ni. Aku tahu soalan ni macam soalan memerangkap. Soalan nak tengok sama ada kita betul-betul nak jadi cikgu ataupun tidak. Aku serba salah nak jawab ada ke takda. Mula-mula aku cakap, aku nak jadi Graphic Designer sebab aku suka buat banner, poster, bunting and semua benda tu. 

Lepastu dia mintak option lain lagi. Aku pun cakap la aku memang suka English, so aku akan kerja apa-apa yg berkaitan dgn bahasa. Maybe nak jadi lawyer sebab kita deal dgn ramai orang yg ada background yang berbeza. So, dari situ boleh praktis English (aku tak tahu macam mana aku merepek sampai ke lawyer ni. hahaha). Then, dia punya next question,
"Kalau awak dah jadi cikgu, bila awak akan berhenti jadi cikgu dan bertukar profession?"
Okay bila keluar soalan ni, aku dah tahu dah soalan first tu memang bertujuan nak memerangkap aku. Tapi kali ni dengan firm aku cakap "I'm not going to change to another profession because I love English, I like to teach, I love children and I have the heart of an educator. I really want to be a teacher, that's all". Lepastu tengok muka dua-dua penemuduga tu, dua-dua angguk. Entah la diorang impress ke ataupun tak expect aku jawab macamtu haha (berpeluh kejap lepas jawab soalan tu)

Pendek kata, sesi interview tu tak rasa lama pun. Tunggu dekat bilik menunggu tu jauh lagi lama haha. Apa yang kau perlu ada dalam diri time kena interview tu ialah confidence especially for TESL students. Biarlah English kau ke laut cina selatan mana pun time tu, salah grammar ke apa tolak tepi yang penting CONFIDENT je time cakap tu. Kadang-kadang bila nervous terlebih ni suara pun jadi ketar-ketar and affect your pronunciation kan. Cuba atasi benda tu. 

My advice is kau baca sahaja semua isu semasa dalam pendidikan semua tu untuk pengetahuan not for the sake of the interview alone. Kabinet apa semua pun better ingat juga dalam otak. Kita kan rakyat Malaysia kan? it's a shame not to know of our own leaders. Soalan-soalan yang aku list dekat atas ni hanyalah soalan untuk sesi aku sahaja tau, jangan ingat semua soalan berbentuk macam tu. Tapi kebanyakan soalan isu semasa yang mereka tanya sekarang ni banyak berkisar pasal Transformasi 50 dan KSSR. Teaching strategies and theories pun jangan lupa.

Bila nak jawab soalan tu tak payah ada introduction ke apa, sebab interviewer nak jawapan yang padat, direct dan tepat. Aku dah try buat muqadimah haritu dia potong apa aku cakap hahahahaha okay. Aku sendiri pun tak tahu sama ada jawapan aku bagi kat dia tu mengikut kehendak dia ke tak, kalau aku update lagi sekali pasal temuduga SPP, maknanya aku tak pass la interview tu huhuhu sedih.
SELEPAS INTERVIEW
Etika Pemakaian Ketika Temuduga

 Okay lepas sahaja selesai interview, aku faham mesti perasaan dia macam excited tak tahu nak cakap macam mana. TAPI PLEASE MAKE SURE KAU BUTANGKAN BLAZER DENGAN BETUL HAHAHAHHAHA. Aku tak tau apa masalah aku sampai butang blazer pun salah rasa nak hantuk kepala kat dinding tengok gambar sendiri macamni :'(

Selepas Temuduga

Lepastu kau pergi lah berjimba dah habis interview tu. Tengok wayang bersama yang tersayang ka, pergi lepak taman tasik titiwangsa tangkap pokemon ke? (ada lagi ke orang main pokemon? hahahaha). You deserve to be happy! walaupun result interview tak tahu macam mana kahkah yang penting kau kena get rid of those feelings yang kau ada time interview tu.

Last but not least, dah selesai semua, banyakkan berdoa semoga dipermudahkan urusan. Kita dah buat yang terbaik kan? InshaAllah ada la bahagian kita tu nanti. Buat yang bakal interview, aku ucapkan terlebih dahulu, Semoga berjaya and do your very best! :). Yang dah selesai interview pun aku doakan semoga kita semua berjaya dan dapat jadi cikgu yang cemerlang, gemilang dan terbilang  selaras dengan falsafah pendidikan guru hehehe. 

Kalau ada sebarang persoalan mengenai interview SPP ni boleh tanya di bawah sementara aku masih jobless dan takda kerja nak hadap ni. Mungkin aku boleh tolong berdasarkan pengalaman aku kan? hehe. Thanks siapa yang sudi membaca :)

21 comments :

  1. macam menyampah tgk gambar last sekali . hahahaha. tahniah. at least tak kena soalan cam aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha biarlah weh. kau pun tahniah juga la. soalan yang kpop tu ke apa?

      Delete
    2. haha baru ada masa nak reply, ha ye lah kpop kpop kpop. menyampah aku

      Delete
  2. Makin gegar aku mau interview. Mati laaaaa ��

    ReplyDelete
  3. what a wonderful write up Sir! thanks sudi bergambar di luar after u interview :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sama-sama, tengoklah siapa yg jadi model tu.

      Delete
  4. Alahai.. sian dia.. nervous punya pasal sampai salah butang..
    nice tips syed..

    ReplyDelete
  5. Good tips syed...moga dipermudahkan urusan dan lulus temuduga tu nanti amin

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas tipsnya mas..

    Saya asal interview je mesti gegar, asal gegar je mesti interview..

    Fuh :(

    ReplyDelete
  7. Thanks info nya .. Sia pun tengah menunggu result interview spp ni , berdebar rasanya huhu .. berdoa semoga sia berjaya dalam temuduga . Amin

    ReplyDelete
  8. aduh ketaq pulak baca ni hahahaha. thanks for the tips sir!!

    ReplyDelete
  9. Hi. Masa panggilan temuduga tu u dpt bidang apa ye? Dlm slip i takde tulis bidang khusus la. I baca2 org2 lain punya siap sekali dengan bidang. I interview isnin ni.

    ReplyDelete
  10. u know what...aku kena tnya oleh penemuduga..berapa kali awak baca kitab tafsir..and surah apa ntah aku lupa..maksud surah tu...zmn tu intrnt n smartphone bkn mcm skrng..siap suh kluar tnya org lain..then masuk balik..

    ReplyDelete
  11. Salam, pengawai akan tanya dlm bahasa Inggeris dan mesti jawab dlm bhs Inggeris ke?��

    ReplyDelete