Monday, March 27, 2017

ZAMAN DAH BERUBAH, EMBRACE YOURSELF!

Perbezaan Zaman Dulu dan Sekarang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Waktu dan masa itu sentiasa berubah-ubah. Aku rasa macam baru semalam aku meninggalkan alam persekolahan, tapi hari ini aku dah masuk ke alam pekerjaan. Tak sangka juga kadang-kadang boleh survive dan pergi sejauh ini Alhamdulillah. Kalau nak dibandingkan kehidupan kita dulu dan sekarang, sudah pasti banyak bezanya. Zaman waktu aku kecil sudah pasti berbeza dengan zaman aku dah bekerja. Contoh yang paling nyata sekali ialah penggunaan teknologi dimasa kini. Kalau nak ikutkan dulu masa aku kecil nak dapat internet tu mahal dan susah. Rumah aku dulu bukan sahaja tiada internet, malah komputer pun tiada. Nak beli komputer pun agak mahal dah la zaman dulu tu komputer tebal, boleh main game pinball sahaja haha. Tapi zaman sekarang? Segalanya boleh dicapai dengan mudah.

Entry kali ini aku akan membincangkan tentang perubahan zamanBukannya tujuan aku untuk mencari zaman siapa yang lagi baik, bahkan untuk kita sama-sama ambil iktibar apa yang baik dan apa yang buruk. Sejujurnya, aku rasa meluat bila baca dekat media sosial ada sesetengah individu menghentam budak-budak zaman sekarang dan ada yang memperkecilkan kejayaan mereka lagi. Lepastu tak habis-habis duk dengki dengan pencapaian budak zaman sekarang sebab zaman dia kecil dulu dia tak berpeluang nak buat benda yang budak zaman sekarang ni buat. Lepastu semangat lagi perjuangkan zaman tahun 70,80,90 an dia tu. Lame.


Sebagai seorang guru, antara perbezaan yang paling ketara sekali pada zaman dulu dengan sekarang yang aku nampak ialah,
Cabaran seorang insan yang bergelar guru

Perbezaan Guru Dulu dan Guru Sekarang

Zaman aku bersekolah dulu, kami murid-murid sangat hormat kepada guru. Apa sahaja yang cikgu cakap tiada siapa yang berani persoalkan dan melawan. Tetapi budak sekarang? Cikgu dengan budak-budak dah macam kawan-kawan. Ada sahaja yang menjawab bila cikgu suruh buat sesuatu. Cabaran nak handle perangai budak-budak sekarang ni hanya cikgu sahaja yang faham. Bukan nak mengeluh, tapi hanya bercerita tentang realiti sekarang ni. Itu baru pasal murid-murid. Belum lagi aku sentuh bab ibu bapa dengan guru.

Perbezaan Ibu Bapa Dulu dan Sekarang

Zaman dulu ibu bapa semua meletakkan seratus peratus kepercayaan mereka terhadap guru. Kalau kata pergi sekolah tu siap ada ibu bapa yang hadiahkan cikgu rotan khas lagi untuk merotan anak dia. Tapi sekarang? Cikgu tidak lagi diberi kuasa merotan. Bukan setakat merotan sahaja, membebel pun turut tidak dibenarkan. Penderaan emosi untuk kanak-kanak katanya. Well, we get it tapi kalau anak yang tak pandai, jangan salahkan cikgu.

Cikgu ni bukannya orang gila nak marah atau hukum budak tanpa sebab yang kuat. Bagi aku kalau cikgu marah, bebel semua tu tandanya cikgu ni kisah dekat anak murid dia. They want their students to learn something. Tetapi, senario di sekolah sekarang dah lain. Bila cikgu marah sikit, murid-murid bagitahu ibu bapa. Lepastu ibu bapa datang sekolah untuk serang cikgu. Padahal perkara sebenar yang terjadi takda besar mana pun, tapi cerita dia tu dibesar-besarkan macam semuanya salah cikgu. Ibu bapa pula bukan nak dengar dari dua belah pihak, apa yang anak cakap semua betul dan ikut sahaja.

Kalau nak ikutkan banyak lagi benda-benda remeh yang parents jadikan isu tapi kalau tulis kat sini nanti orang kata mengeluh pula kan hehe. Dah kau yang pilih nak jadi cikgu kan? So sila galas tanggungjawab dan tempuhi segala cabaran dengan sabar.
Gadget
Perbezaan Budak-Budak Zaman Dulu dan Sekarang

Kalau zaman dulu, kau nak bergayut ke apa semua guna public phone kot. Aku pernah teman sepupu aku bergayut dua tiga jam dengan pakwe dekat public phone. Zaman tu memang menggamit memori betul. Sanggup menjelajah beberapa buah kedai semata-mata nak tukar duit syiling. Lepastu yang tak boleh blah tu siap ada trick lagi macam mana nak bagi duit tu tahan lama. Kena tekan button itu ini dekat public phone tu untuk penjimatan yang maksima. Lawak pula bila ingat balik. Tapi sekarang ni boleh kira dengan jari berapa orang yang masih menggunakan public phone. Itu pun orang hanya gunakan bila emergency dan bila tiada kredit. Kalau tidak? Mereput lah situ public phone tu sampai rosak dan menjadi mangsa vandalism

Zaman sekarang ni macam dah dikira sebagai satu kewajiban untuk setiap orang ada smartphone. Even budak-budak dekat sekolah pun dah pakai smartphone yang kemungkinan lagi canggih dari kau. Jangan terkejut pula kalau ada budak-budak yang siap pakai iPhone lagi dan bawa pergi sekolah (kalau ada event lah). Aku siap buat survey lagi masa praktikal dekat sekolah. Kebanyakan murid-murid ramai juga yang ada smartphone mahal-mahal weh! Aku punya self-esteem macam merudum jatuh depan diorang kot! Kalau boleh nak buka phone pun kena sorok-sorok phone aku hahaha. 

Aku personally tak kisah pun kalau budak-budak nak ada handphone mahal-mahal sekalipun. As long as parents kau mampu,  kau nak pakai iPhone ke, Oppo ke, go for it! banyak juga kelebihan yang mereka ada kalau memiliki handphone sendiri di umur yang masih mentah ni. Walaubagaimanapun, benda ni semua kena ada pantauan daripada parents. Parents kena check handphone anak-anak frequently, make sure nothing unhealthy is there in their phone. Budak-budak senang terpengaruh dengan benda-benda tak elok especially benda yang mereka baca dan jumpa di internet. In simple words, prevention is better than cure. Jangan biar dah terlambat baru nak menyesal.
Budak sekolah dan Make Up
Kids and Make up? What do you think?

Budak Sekolah Pakai Make Up Pergi Sekolah
Kalau kau ada Twitter, search sahaja "budak sekolah make up" ramai sangat yang tweet pasal ni especially perempuan lah. Tak habis-habis compare diri dia dulu dengan budak-budak zaman sekarang. Seriously memang kau tak boleh buat perbandingan antara dulu dengan sekarang. Dulu perempuan-perempuan pergi sekolah semua muka macam cekodok tudung selebet sana sini dengan comot lagi tu (even the boys pun sama tapi aku tak lah kahkah taknak kalah). Tapi budak-budak zaman sekarang ni pergi sekolah pun dah cantik-cantik. Bagi aku itu satu perkara yang bagus lah sebab mereka tahu penampilan dan kebersihan diri tu penting. Apa yang teruk sangat? As long as dia still pakai appropriate make up untuk pergi ke sekolah aku rasa ia bukan satu yang pelik pun (boleh ke pakai make up pergi sekolah? I dont really know guys haha).

Macam yang aku cakap, zaman dulu mungkin ada certain girls yang dah mula bermake up dekat sekolah tapi dulu-dulu mana ada tutorial make up bagai. Nak rujuk dekat internet pun susah kan? Jadi, tak ramai lah yang terjebak dengan make up ni. Zaman sekarang ni benda semua dah ada di hujung jari kot. Budak-budak semua duk layan make up tutorial, reviews dan sebagainya so tak mustahil hasilnya menjadikan budak-budak ni berminat untuk aplikasikan dekat diri mereka sendiri. Nak salahkan mereka pun tak boleh juga sebab memang peredaran zaman dah berubah. Kesedaran untuk jaga penampilan diri mereka datang lebih awal daripada korang masa zaman sekolah dulu. Personally bagi aku budak sekolah sekarang ni memang nampak lebih matang dan tua dari usia dengan make up, but if that makes them happy, let them be. Childhood experience mereka mungkin berbeza daripada kita, tapi nak buat macam mana. Zaman dah berubah kan?

Zakirah Zainal - Beauty Youtuber

Ingat tak Zakirah Zainal yang pernah viral sebab gambar dia makeup katanya tak nampak macam budak berusia 16 tahun? (well, time ni umur dia 16 tahun lagi, tapi sekarang dah 17). Zakirah Zainal ni antara youtuber yang aku suka tengok vlog dia hahahaha. Walaupun most of her videos semua tentang tutorial shawl and make ups, tapi aku suka dengar dia cakap English. I really admire people who can speak English confidently even though dia bukan duduk oversea ke apa haha. Aku kalau masa tingkatan 5 pun tak yakin lagi nak cakap English dengan confident macam dia ni (salah grammar sikit-sikit tu adat la kan). Kalau kau tak kenal dia ni, you should subscribe to her channel and watch her videos. 

Walaupun budak ni masih bersekolah, tapi dia menggunakan channel youtube dia untuk buat duit. Banyak juga produk-produk yang dia dah review. Selain itu, dia juga merupakan seorang entrepreneur. Shawl yang dia pakai dalam video tu shawl keluaran dia lah tu. Tengah sekolah lagi pun dah pandai cari duit. Itu yang kita namakan sebagai opportunist! Aku yakin budak ni boleh pergi jauh nanti kalau dia fokus dengan benda yang dia buat sekarang.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kita berada di masa, zaman dan waktu yang berbeza-beza dan sentiasa berubah. Tak perlu kau nak bandingkan zaman kau membesar dengan orang lain dan nak rasa superior sangat. Embrace yourself! Memang kadang-kadang kita rasa macam "peliknya budak zaman sekarang ni umur baru 10 tahun dah bla bla bla aku dulu umur macamtu main congkak je kot dengan kawan-kawan". Tetapi pada masa yang sama tak adil untuk kita salahkan mereka for what they have became sebab mereka jadi macamtu atas faktor-faktor peredaran zaman. Get yourself ready for the changes in the future. We never know what might happen mungkin ada cabaran yang lagi mencabar? Thanks for reading